Bila Habis Sekolah Nak Kerja Apa?

 On Wednesday 20 January 2016  

Bila Habis Sekolah Nak Kerja Apa? - Bila habis zaman persekolahan rata-rata dalam kalangan pelajar dah plan dah nak buat apa. Ada yang nak buat lesen memandu, ada yang nak berehat panjang, ada yang nak tolong mak ayah dan ada juga yang nak cari kerja sambilan.

Bila Habis Sekolah Nak Buat Apa? 


Dah menjadi kebiasaan kalau budak-budak lepasan SPM atau STPM bekerja secara sambilan. Dorang dah ada planing siap-siap nak kerja kat mana dan tak kurang juga yang bercadang bekerja di bandar bandar. Ada yang buat bisnes sendiri misalnya jual burger dengan kawan-kawan atau keluarga.

habis SPM nak buat kerja apa

Tapi masih jarang saya jumpa pelajar yang buat bisnes aiskrim. Harap-harap bila dah ada resepi bisnes aiskrim ni makin ramailah anak melayu kita yang berjinak-jinak dengan bisnes aiskrim.

Saya dulu pun kerja juga sementara result exam keluar. Cuti panjang kan rugi tak buat benda-benda berfaedah. Daripada duk melepak kat cybercafe, tunggang moto sana-sini, tidur memanjang ada baiknya kerja. Sekurang-kurangnya ada jugak duit poket. Bolehlah buat belanja adik-adik aiskrim yang sedap-sedap tu.

Kerja pasaraya pun pernah..kerja kat stesen minyak pun pernah (jadi jurupam), guru tuisyen pun pernah dan jadi guru ganti pun pernah (yang ni memang masyuk).

Banyak jugak kerja yang saya pernah buat kan..Itu semua pengalaman....

Tapi masa tu tak ada lagi : panduan kerja dari rumah macam sekarang ni. Masa tu saya tak jumpa lagi pelajar bekerja dari rumah. Selepas pelajar kita banyak terdedah dengan peluang kerja dari rumah, dah bertambah peluang kerja untuk mereka. Ada yang kerja menulis entri dan ada juga yang bekerja sebagai penterjemah online atau jurubahasa.

Pelajar IPT kebanyakannya dah mula buat kerja-kerja macam ni kat kolej atau asrama masing-masing berbekalkan laptop dan juga talian internet. Bolehlah tambah duit poket dan meringankan beban keluarga mereka.

Ni satu peluang kerja untuk pelajar di luar sana. Cukup hanya menggunakan ilmu job dirumah, laptop dan talian internet anda boleh mula bekerja dari rumah. Jangan terjebak dengan program buat duit yang mengarut tu sudahlah ye misalnya kerja melipat risalah dan seangkatan dengannya.

Laman web kerja dari rumah -- > Baca sekarang



Bila Habis Sekolah Nak Kerja Apa? 4.5 5 Azzahairi Sulaiman Wednesday 20 January 2016 kerja dari rumah untuk pelajar lepasan spm stpm dan universiti, bila habis belajar nak buat apa nak kerja apa, buat duit online pelajar Bila Habis Sekolah Nak Kerja Apa? - Bila habis zaman persekolahan rata-rata dalam kalangan pelajar dah plan dah nak buat apa. Ada yang nak...


No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.